Setiap individu yang menulis
lagu, perlu sedar. Golongan terutama remaja mudah terpengaruh dengan
lirik-lirik lagu, maka wujud satu ilusi dunia mereka sendiri yang menyebabkan
mereka mahukan rasa bebas. Kalau di negara luar, sudah banyak kes yang melibatkan
remaja membunuh diri akibat terpengaruh dengan lirik lagu.
"For decades, music
has been blamed for antisocial or inappropriate behavior in teens. Examples
include Ozzy Osbourne's "Suicide Solution," AC/DC's "Shoot to
Thrill," and Blue Oyster Cult's "Don't Fear the Reaper." These
titles are just a few that have been said to cause American teens to commit
suicide. "Some rock artists actually seem to encourage teen suicide,"
says Susan Baker, the vice president of the PMRC. "In Centerpoint, a small
Texas town, a young man took his life while listening to the music of AC/DC. He
was not the first."
source
: http://family.go.com/parenting/pkg-teen/article-781615-what-influence-does-music-have-on-our-kids--t/
" Eminem songs 'may
have influenced' suicide girl - "After she died I looked through some of
her CDs which we let her listen to," Mr Davies said. "There was stuff
by Eminem and Dr Dre. It does talk about suicide, and whether that put it in
her mind I don't know. He said she had also been struck by a TV documentary
about stars who died young. "She did think it was quite cool the way these
people had ended their lives with all guns blazing."
source
:http://www.guardian.co.uk/uk/2001/mar/08/taniabranigan
Rasanya tak perlu untuk kita
semua tunggu sehingga berlaku kes-kes yang melibatkan remaja yang mempunyai
tekanan emosi membunuh diri setelah terikut-ikut dengan khayalan mereka
berdasarkan lirik lagu. Mungkin lagu Bawaku Pergi itu pada asalnya tidak
bermaksud ke arah mengajar remaja untuk lari dari rumah, sedangkan lirik lagu
tersebut jika kita baca satu demi satu, ternyata boleh mendorong remaja
mengambil tindakan yang sebegitu rupa.
Ada satu Quote "I'm
only responsible for what I say,not for what u understand." . Sebagai penulis lirik, pasti
ada mesej yang ingin disampaikan untuk masyarakat.Sekiranya terniat untuk
menyampaikan mesej, maka haruslah bertanggungjawab terhadap apa yang orang lain
faham. Jika mesej yang difahami tersasar jauh dari niat asal penulis, maka
berlakulah kegagalan dalam menyampaikan mesej.
Dalam konteks ini, secara
totalnya tidak boleh menyalahkan muzik semata-mata. Apa yang dilihat masyarkat
sekarang, peranan muzik itu sendiri dalam menjadi faktor pendorong kepada
remaja mengambil jalan singkat untuk mencari kebebasan jiwa, dan lepas dari
kongkongan ibu bapa. Sekira ini benar-benar terjadi, maka penggiat seni
(penulis lirik) perlu mengambil isu ini dari sudut positif dan berlapang dada
dalam menerima pendapat masyarakat.
Kesimpulannya, golongan remaja
jangan mudah terbawa-bawa perasaan dan emosi, jangan membiarkan diri dibayangi
ilusi atau khayalan yang tercipta melalui muzik. Fikirlah sejenak, menggunakan
akal fikiran, perasaan ibu bapa serta maruah keluarga. Masyarakat tidak mampu
menghalang muzik dan alunannya. Sebagai remaja itu sendiri, perlu wujud satu
kesedaran sebelum melakukan apa-apa tindakan yang tak sepatutnya. Jadilah insan
muda yang mampu berfikir secara logik dan bersikap lebih rasional dalam
menentukan setiap tutur kata dan juga perilaku.

No comments:
Post a Comment