Total Pageviews

Tuesday, November 5, 2013

Sup Ekor, Ayam Kampung dan Nasi Goreng Amerika!

Lebih kurang dua minggu sudah, Uncle turun Alor Setar lagik sebab ada talk.
Maka, aku pun teman dia melepak sebelah malam.
Puas bersembang, barulah dia rasa lapar.
Awal tu aku dah banyak kali bagi hint dengan menyebut perkataan, 
"Lapaq la hujan-hujan ni.." "Lapaqnya perut."
As usual, he keep talking! Buat donno ja. Siot betul. Hampeh O_o
Malam yang pertama tu aku bawak dia g makan kat Joned Cafe, situ ja yang ada sebab dia kata takmau pi jauh2 pasal dah lewat!
Lewat tu semua salah dia okayy!..
Dia terus tanya menu apa yang ada. Budak tu pun ceritalah serba sikit!..
As I look at the menu, Uncle pun mula oder.

"Okay. Kasi nasi putih..telor dadar satu..dengan sup ekor." 
"Sup ekor taknak yang tulang-tulang, kasi yang isi besar. Tapi nak yang isi daging tu lembut. Kasi yang empuk. Taknak isi yang potong kecik-kecik tu. Kasi isi yang besar tapi daging lembut. Boleh buat?"

Budak tu pun jawab lah boleh. Selang lima minit, budak tu datang bagitahu, "Encik, sup ekor takdak. Yang ada sup tulang ja."

Uncle terus cakap, "Hermm.. dah agak dah.. tengok pun dah tahu xde. Kasi sup tulang tapi buat macam sup ekor. Sup kasi rasa masam-masam sikit."

Aku oder nasi goreng ja dengan teh o ais. Makan tak habis! Sama ada nasi tu memang banyak atau dah terlalu lewat nak makan nasi bertimbun! Dan Uncle makan sampai licin pinggan. O_o

Aku pun tanya, "Camna? Sedap dak sup dia?" Dengan pantas dia jawab. "Tak sangat, biasa ja." Tapi tengok pinggan yang dia makan dalam hati aku rasa Uncle ni betul lapar. Hahahaha.

Okay, the next meeting, mcm tu jugak. Awal-awal aku nampak dia aku cakap "Sejuk la hujan, tak makan lagi ni, lapaq." Dia buat donno ja. O_o Bersembang la sampai nak dekat pukul 11 malam. Dia cakap dia belum dinner. Okayy. Macam lah aku dah dinner! Geram betul..!

Kali ni dia nak makan sup ekor lagik. Mana la aku tahu tempat kat alor setar ni. Memula bawak g stadium. Duduk kat satu tempat dia terus tanya, "Sup ekor ada x?" Budak laki tu jawab takda. Next gerai, pakcik tu datang ambil oder. Dan macam yang sebelum ni, Uncle terus oder tak tanya dah ada ke tidak.! "Bang, kasi saya nasi putih, telor dadar, dengan sup ekor. Sup ekor tu taknak yang tulang-tulang (ayat dia sama macam yang tadik!). Lepas dia oder aku jadik blur taktau nak makan apa. Aku oder nasi goreng blackpepper ja.

Tak lama lepas tu pakcik tu mai habaq sup ekor takda! Aku terus tengok Uncle muka dia dah fade up. Hahaha! Kesian siot! Dia cakap kat pakcik tu, "Cancel lah." Terus dia ajak aku makan kat tempat lain. O_o
Satu tempat ja yang aku terfikir nak bawak dia g makan. Restoren kat Titi Gajah tu. Dia macam taknak.. aku pun drive dengan pasrah terus teringat Old Castle yang dah berapa ratus kali lintas tapi tak pernah pegi pun!

Sampai ja dekat Old Castle tu.. duduk dan tengok menu.. macam yang sudah-sudah sup ekor jugak yang dia tanya. Budak pempuan tu cakap " Sup ekor takdok lah, yang ado sup ayam kapung (pelat Pattani). Dulu asalnyo makane arab jual kat sini..bla bla bla." Then Uncle mencelah, "Ayam kampung tu kalau nak oder goreng boleh?"

Budak tu jawab, "Ayam kapung kito wat sup ja." Hahahahaha aku tengok Uncle macam dah membebel dalam hati. Kemudian aku oder la nasi goreng Amerika seperti yang tertera dekat menu. Uncle tanya budak pelayan tu, "Ape beza nasi goreng Amerika dengan nasi goreng USA? Nasi goreng tu mesti letak macam-macam kan? Ade ayam ade sosej ade telor? Kenape panggil nasi goreng Amerika? Kenape tak nasi goreng USA?" sambil tersengih-sengih dia menyakat. Aku kata, " Dah-dah la tu tanya!" O_o 

"Cuba u pikir, Mimi." 

Pikiaq apa?

"Sup ayam kampung ade, bila oder ayam kampung goreng takde. Ape hal? Goreng aje la ayam kampung tu. Tak paham betul lah!"

Oder ja la yang mana ada, hat takdak toksah dok oder!

"Takde lah.. bila buat buku menu tulis macam-macam ade, sampai 2,3 page.. last-last tanye, ade nasi goreng aje. Macam kat stadium tu, tengok list punye lah banyak..last-last bile oder, takde."

Dah puas Uncle membebel, aku pikir betul jugak cakap dia. Dulu penah sekali oder nasi putih orang kat kedai tu cakap takdak, tp bila oder nasi goreng ada pulak! Bukan ka nasi goreng tu ambil nasi putih? Amerika betul lah. Hahahahaha

Malam tu berlanjutan hampir pukul 12, selesai makan, aku pun hantar Uncle balik hotel. Macam tu lah nak bawak tetamu negara pegi makan. Hahaha. Kalau lah aku kat tempat bebudak pelayan tu mesti aku bengang. Nasib korang lah! Heehee customers always right. Lol!

Setakat ni saja aku nak story. Pengalaman dibebel Uncle walaupun orang lain yang patot dibebel akan aku kenang. Hahahahahaa!.. Opsss.. by the way, ingat masa drive mama kat sebelah ja rasa macam naik dengan jpj! Drive untuk Uncle pun macam tu jugak!

" Pusing aje lah depan tu, nak pegi jauh-jauh buat pe. Subhanallah, jalan tadi dah ade dia pegi jugak yang jauh." "Pasanglah wiper tu, cerminkan basah, hujan, bukan soal boleh nampak ke tidak masalahnye peraturan kene la pasang wiper tu." respon sifu bila aku jawab aku masih boleh nampak lagipun roda baru ja berputar!.. geram betol..! hahahahaha

Okbaiiiii!





2 comments:

  1. lawak la uncle nie...haha sungguh die nak sop ekor... hehe pastu nak ayam kg lak,,tp nak goreng.. yg sop xmau.. sng2 kan mi...pagi2 tue ang tanya dia malam nie makan pa..so ang beli sop ekor bg kat kdai tue ckp malam nie kami nak mai..so tolong masakan hehehe!!!

    *br aku tau betapa susahnye nak makan sop ekor kat aloq staq..hehe

    ReplyDelete
  2. Kahkahkahkah..nitemare oi..sup ekoq jugk x dpt smp balik sana...

    Betul kata sapik...betapa susahnya nak cr sup.ekoq kat aloq staq..pasni kalau tingin sup ekoq , 1 tmpt yg jgn kita p adalah aloq staq...kakakaka

    ReplyDelete