Total Pageviews

Monday, July 9, 2012

Selamat Pulang Ayah

Berderai langkah kaki
Kasut getah warna kuning
Habuk debu yang nipis
Tebal di dalam jiwa-jiwa
Keringat disorong atas papan
Kayu menampan kadangkala
Lopak yang becak berair selut
Mungkin diantara titis hujan
Suatu tubuh memanjat rangka bangunan
Melepas lelah menyusun batu bata
Menyalut dinding sebelum simen membeku
Duduk diambang bumbung
Menghela diam sambil-sambil membalut rokok daun
Demi sesuap nasi antara keterpaksaan
Isteri dan anak-anak yang menanti
Apa ole-ole dibawa pulang oleh ayah tercinta
Sebungkus gorengan pisang nilai satu ringgit
Atau hanya mahu memandang
Raut wajah letih si ayah
Selamat pulang ayah yang berjasa
Selamat pulang untuk hari esok dan masa nanti

©Mi Mimiko

No comments:

Post a Comment